Saturday, 16 September 2023
Tuesday, 12 September 2023
Saturday, 9 September 2023
Pagi ni sampai tempat kerja bersihkan kawasan. Dannnn, aku pergi ke kebun herba. Aku petik daun limau purut. Banyak sangat tanaman limau kasturi daun kari. Aku ambil daun limau purut dulu. Aku jalan ke kawasan kawan kawan lain. Diorang bersihkan tempat yang berbeza. Seorg kawan tanya, mana dapat daun limau? Aku balas, dekat taman herba. Jadi 3 org rakan nak juga. Aku bawa ke taman herba. Mereka ambil beberapa sayuran daun limau kari dan buah limau kasturi. Selesai tugas bersihkan kawasan tempat kerja, kami pulang. Ptg ni baru aku sedar... Mlm td lagi aku dah dapat hint mimpi taman sayur sayuran. Begitu la selama 30 tahun. Setiap hari aku bermimpi. Orang lain tak percaya. Tapi hanya allah saja yg mengetahuinya 😢
Mimpi sayur sayuran tanaman yang subur dan ulat sampah
Aku mimpi masuk dalam satu kebun. Ada banyak tanaman kacang panjang terung sayur sayur. Tapi dekat hujung kebun tu ada ulat sampah yang sangat banyak. Ulat sampah tu sampai keluar ke luar kebun. Aku ambil ridsect aku sembur smpai semua ulat mati. Pukul 2pg aku terjaga. Pukul 5 kena bangun nak, ready bersihkan kawasan tempat kerja. Petanda apa pagi ni?
Mimpi daging manusia
Aku bermimpi aku melihat sekelompok daging manusia. Seorang lelaki berkata, ini daging xxx. Dia mati malam tadi.
Allah. Ujian seorang psikik mimpi bukan bukan. Apa petandanya?
" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.
Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.
Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik dengannya. (Oleh sebab itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi Maha mengasihani"
- (Surah al Hujurat :12)
Pengajarannya:
1. Kita dikehendaki menghormati sesama islam dalam hidup bermasyarakat supaya tidak melakukan bersangka buruk, larangan mengintip dan mencari keaiban orang lain serta mengumpat.
2. Perbuatan mengumpat diibaratkan sebagai memakan daging saudara yang telah mati. Mengumpat itu bermaksud menyebut kekurangna atau keaiban orang lain yang tidak disukainya sama ada kekurangan itu pada tubuh badan seseorang , keturunan, tingkah laku, perbuatan, perkataan, dan seumpamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)